top of page

Mengenai Kami

Pertubuhan Wanita Prihatin Perak adalah sebuah organisasi sukarela yang berorientasikan projek, beramal bakti ke arah menangani hal-hal keperluan wanita dan keluarga ,pembangunan insan serta  hak-hak asasi manusia. Sejak ditubuhkan pada 22 September, 2015,  PWPP  telah memainkan peranan di dalam usaha memperkasakan dan menegakkan hak-hak wanita. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, Pendidikan, latihan, kebajikan , sosial dan keagamaan telah diadakan yang bertujuan mendidik, memupuk, membentuk akhlak dan sahsiah  anggota masyarakat   bermula dari  peringkat kanak-kanak .

facebook_1611545888737_67593133673135924
About: About
facebook_1611546048641_67593140380002650

Visi

Berazam untuk  menjadi satu badan yang prihatin  di dalam menguruskan tanggung jawab sosial  di dalam Negeri Perak secara professional dalam aspek pembangunan diri, ekonomi , pendidikan dan kesihatan   tanpa mengira latar belakang masyarakat.

About: Quote
facebook_1611545572994_67593120429924679

Misi

  • Menjadi ejen kesedaran masyarakat untuk  memupuk nilai-nilai  murni   di dalam kehidupan seharian setiap insan berteraskan prinsip yang mulia sama ada dalam agama, komuniti,  bangsa dan negara;


  •  Menjadi penghubung antara masyarakat dengan agensi Kerajaan dan NGO lain bagi melaksanakan tanggung jawab sosial secara bersama;



  • Mengekalkan keamanan , menegakkan  hak-hak asasi manusia  dengan meletakkan penghormatan  kepada manusia  tanpa mengira warna kulit,  jantina, keturunan atau bangsa;


  • Menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran gadis dan wanita   melalui program-program kemajuan diri;


  • Melahirkan sukarelawan berjiwa kemanusiaan, berilmu, berdedikasi, berkepimpinan dan berkeperibadian unggul yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

About: Quote

Pertubuhan Wanita Prihatin Perak

Pertubuhan Wanita Prihatin Perak adalah sebuah organisasi sukarela yang berorientasikan projek, beramal bakti ke arah menangani hal-hal keperluan wanita dan keluarga, pembangunan insan serta hak-hak asasi manusia.


Sejak ditubuhkan pada 22 September, 2015, PWPP telah memainkan peranan di dalamusaha memperkasakan dan menegakkan hak-hak wanita. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan: Pendidikan, latihan, kebajikan , sosial dan keagamaan telah diadakan yang bertujuan mendidik, memupuk, membentuk akhlak dan sahsiah anggota masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak .

Lima paksi utama menjadi keutamaan PWPP untuk memperkasa wanita agar mereka ini menjadi rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.

1.Jati Diri

2.Keselamatan, kesihatan dan persekitaran

3.Pendidikan

4.Akhlak dan sahsiah diri

5.Ekonomi

facebook_1611545458331_67593115620630515
About: Welcome

©2020 by Pertubuhan Wanita Prihatin Perak. Proudly created with Wix.com

bottom of page