
Sumbangan makanan PKP kepada masyarakat terkesan Covid-19 sekitar Bandaraya Ipoh
1th April 2020
Melakukan kerja amal di musim PKP ini benar-benar menguji fizikal dan mental ahli-ahli dari pasukan kami. Rantaian kerja bermula dari mengumpul maklumat yang diterima melalui panggilan telefon dan mesej yang masuk bertalu-talu. Nama-nama kemudiannya disaring dan apabila sudah pasti tiada mendapat bantuan dari pihak yang lain, baharu lah dimasukkan ke dalam senarai agihan. Kalau orang lain tidur nyenyak musim PKP, kami berjaga hingga pukul 1.00 pagi untuk membuat saringan dan menyiapkan senarai nama untuk agihan esok hari. Hari-hari memikirkan di mana untuk dapat stok barang dan hari-hari memikirkan di mana untuk mencari dana untuk menambah stok. Dari pemerhatian kami, 90% dari penerima adalah jujur semasa disaring dan menolak bantuan yang diberikan kerana telah memperolehi bantuan dari pihak yang lain. Emosi kami juga diuji apabila mendapat panggilan dari mereka yang sakit dan tinggal berseorangan. Namun kami pastikan bantuan sampai ke muka pintu rumah mereka. Syabas team PWPP, you are AWESOME ladies.